Home » , » Kriteria 3 – Sistem Tier ( Lokasi mana yang bagus untuk pelaburan hartanah )

Kriteria 3 – Sistem Tier ( Lokasi mana yang bagus untuk pelaburan hartanah )

Ramai yang nak melabur dalam hartanah seperti Faizul Ridzuan tetapi tak ramai yang ada ilmu yang cukup. Kena tahu banyak info sebelum melabur dan 7 kriteria pelaburan hartanah boleh digunakan sebagai panduan jika anda baru nak bermula. 7 kriteria melabur dalam hartanah ni anda boleh baca di dalam blog ini secara percuma sahaja walaupun ilmunya sangat berguna.

Sebelum ini kami pernah berkongsi tentang kriteria 1 nakbeli rumah baru atau lama dan kriteria 2 harga median hartanah. Sekarang kami nak kongsikan kriteria 3 tentang tier sistem. Tier sistem hartanah ni penting supaya kita tidak beli rumah dengan harga yang di kawasan yang sepatutnya harga murah.


Kriteria 3 – Sistem Tier

Terdapat 3 tier di mana hartanah di kelaskan. Ini bergantung kepada beberapa factor seperti harga hartanah, permintaan hartanah, orang asing atau orang tempatan dan lokasi hartanah tersebut. Semua saling berkait antara satu sama lain dan akan menentukan harga yang betul.

Tetapi harus ingat, pemaju akan cuba meletakkan harga yang mahal  untuk projek mereka tetapi kita sebagai pembeli kena bijak untuk menilai hartanah. Kita jangana tersalah beli di mana hartanah di tier 3 jangan di beli dengan harga tier 2 yang lebih mahal. Ok ya, harga hartanah tier 1 lebih mahal dari tier 2 dan tier 2 lebih mahal dari harga di tier 3.

Tier 1 – Bangsar, Bukit Bintang, Mont Kiara, KLCC

Lokasi tier 1 mempunyai harga yang paling mahal. Ramai orang asing – mat salleh, korea tinggal di kawasan ni dan mereka sanggup bayar sewa yang mahal.

Mungkin sebab pengaruh rakan-rakan, ada kemudahan seperti international school serta kemudahan lain. Kawasan ini menjadi pilihan untuk warga asing bergaji tinggi tinggal dan mereka sanggup bayar sewa berpuluh ribu. Kebanyakkan mereka ialah bos-bos besar syarikat di Malaysia.

Webinar hartanah percuma

Jadi harga hartanah di sini lebih mahal berbanding tier 2 dan tier 3. Hanya ada 10 kawasan yang di masukkan ke dalam tier 1 ni di Malaysia.

Tier 2 - Bangi, Kepong, Kota Damansara, Cheras, Ttdi

Kawasan tier 2 pula berharga kurang dari harga hartanah tier 1. Contoh kawasan tier 2 ialah Bangi, Kepong, Kota Damansara, Cheras, Ttdi. Jadi jika kita nak beli hartanah di kawasan-kawasan ini, pastikan harga adalah kurang dari hartanah di tier 1, barulah ada untung jika di sewakan.



Sebab harga sewa di lokasi tier 2 lebih murah dari harga sewa di tier 1.

Lokasi tier 2 menjadi pilihan rakyat tempatan yang berduit. Mereka suka lokasi tersebut mungkin beberapa sebab – keluarga pernah tinggal di situ. Dan mereka sanggup untuk duduk di lokasi tier 2 walaupuan kerja jauh. Ini kerana mereka ikut emosi mereka dan mereka ni ialah golongan yang telah lama bekerja.

Tier 3 - Klang, Rawang, Puncak Alam, Nilai, Kajang, Semenyih

Lokasi tier 3 ialah lokasi di mana hartanah paling murah. Contoh kawasan ialah seperti  Klang, Rawang, Puncak Alam, Nilai, Kajang dan Semenyih.

Yang tinggal di sini ialah rakyat marhaen yang gaji biasa-biasa sahaja. Jadi, hartanah di sini mesti lebih murah dari tier 2 dan tier 1.

Group whatsapp hartanah

Cuba fikirkan jika nilai harga hartanah di tier 3 adalah harga tier 2? Susah nak dapat cash flow positif jika di sewakan kan sebab yang tinggal di kawasan tier 3 ni ialah orang yang biasa-biasa sahaja ( duit kurang ).

Jadi, sebagai pelabur hartanah, kita jangan tersalah memilih haratanah yang tidak kena dengan harganya.

Penting Sistem Tier

Pemaju hartanah akan meletakkan harga hartanah semaksimun mungkin untuk keuntungan mereka. Jadi kita sebagai pembeli kena bijak untuk menilai hartanah ni.

Salah satu cara ialah kita sistem tier ni – menilai hartanah ikut harga lokasi. Tier 1 mahal, tier 2 sederhana dan tier 3 paling murah. Jangan langgar peraturan ini jika nak untung dari sewa hartanah kita.

Jika beli hartanah di tier 2, pastikan hartanah tidak masuk tier 1 ( mahal ). Beli hartanah tier 2 dengan harga tier 1 atau harga tier 1 ( murah ). Baru senang sewakan untuk dapat untung.



Jadi, kena beli hartanah mengikut harga yang betul.

Post ini hanya idea sahaja tentang tier sistem ni. Jika nak tahu lebih lanjut, nak tahu satu-satu hartanah tu masuk tier mana, anda boleh sertai webinar hartanah percuma oleh FAR Capital yang di adakan setiap malam ahad secara percuma sahaja. Banyak info anda boleh ketahui.




Terima kasih kerana membaca Kriteria 3 – Sistem Tier ( Lokasi mana yang bagus untuk pelaburan hartanah ). Jika berguna, tolong kongsikan di media sosial.

« Previous
« Prev Post
Next »
Next Post »

Tips Berkaitan:



0 Komen: